Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

88) KEMUDAHAN ASAS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Butirkan bilangan rumah mengikut daerah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik, air dan sistem kumbahan di Negeri Selangor.

    Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 yang dibuat oleh Jabatan Statistik Malaysia menyatakan bahawa Negeri Selangor telah mempunyai liputan 100% bekalan elektrik dan air. Ini bermaksud, semua rumah di daerah di Negeri Selangor telah mempunyai bekalan air dan juga elektrik. Namun demikian, bagi sistem kumbahan, liputan di seluruh Negeri Selangor adalah 98.5% menggunakan tandas tarik manakala 1.5% menggunakan tandas curah. Dalam hal ini, sistem tandas curah masih banyak digunakan di kawasan luar bandar iaitu sebanyak 15.7% daripada peratusan tandas curah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.