Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

182) KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan ADN Tanjong Sepat terhadap pembinaan semula jeti yang runtuh pada tahun 2013 yang lalu?

    Berdasarkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor Bil. 1/2014 berhubung tajuk Penyelarasan untuk pembinaan semula jeti nelayan Tanjong Sepat, Daerah Kuala Langat yang telah runtuh pada 25 Jun 2013. Di para 4.3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan permohonan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat MTES dan disyorkan jeti ini dibawah penyeliaan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di mana penggunaan perlu dipohon kepada MDKL.

    Surat daripada Lembaga Urus Air Selangor bil. (5) LUAS.SEL.10010/3/WL 3/2/14 bertarikh 25 April 2014 memohon maklumat Isu Pembinaan semula jeti tersebut bagi proses penyediaan Kertas Ringkasan EXCO-MTES adalah dirujuk. Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat tiada halangan jika Pihak Berkuasa Negeri memberi kebenaran dalam proses pembinaan semua jeti tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.