Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

291) KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan aduan rakyat berhubungan dengan jalan dan longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna serta tidak mengikut jadual yang ditetapkan?

    Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan aduan rakyat termasuk hal berkaitan penyelenggaraan jalan dan longkang. Talian Bebas Tol Aduan (1-800- 88-2824) yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat SUK Selangor akan menyalurkan aduan awam dengan tuntas kepada agensi / jabatan berkaitan supaya tindakan segera dapat

     

    Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor pula memaklumkan bahawa jalan protokol, jalan primer dan jalan sekunder sentiasa dipantau agar diselenggara dengan kekerapan sekali sebulan. Perancangan Kerajaan Negeri melalui JKR bagi tujuan penyelenggaraan jalan adalah seperti berikut:

     

    • Melaksanakan kerja selenggaraan jalan negeri secara kontrak berpusat mulai Mac
    • Penilaian kerosakan pavement jalan akan dilaksanakan oleh kontraktor pakar mulai Januari 2015 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan
    • Senarai jalan-jalan    yang    akan    dibaiki    telah    dikenal    pasti    untuk dilaksanakan pada tahun 2015

     

    Manakala di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pasukan “Road Gang” iaitu unit khas in-house dengan kemahiran dan kepakaran khusus penyelenggaraan jalan sentiasa bersedia untuk menyelesaikan aduan rakyat. Selain daripada itu, tindakan tegas juga akan diambil oleh setiap PBT terhadap mana-mana kontraktor yang gagal mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan seperti pemotongan bayaran.

     

    Kerajaan Negeri Selangor sangat memberi perhatian serius dan mengambil peduli tentang aduan-aduan berkaitan penyelenggaraan jalan, pembersihan awam serta pengurusan sampah. Oleh sebab itu dalam tempoh tiga (3) bulan bermula Oktober 2014 peruntukan sebanyak RM31,238,692.70 telah diberikan kepada semua PBT melalui peruntukan MARRIS dan peruntukan am untuk tujuan meningkatkan penyelenggaraan jalan serta pembersihan awam yang meliputi    pemotongan    rumput,    cucian   longkang   dan    sapuan   jalan    dan pengurusan sisa pepejal.

Lampiran

Tiada Lampiran.