Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

255) KEMUDAHAN AWAM DI LUAR BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah kemudahan awam di luar bandar?

     

    Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembangunan luar bandar di Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02007 – Penyelenggaraan Jalan Kampung khas untuk menaiktaraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah Negeri Selangor, serta peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02004 – Kemudahan Asas Desa untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek menaiktaraf balairaya mengikut

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri buat masa ini menekankan kepada pemerkasaan dan pemulihan kemudahan awam yang sedia ada. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi telah mengarahkan setiap Pejabat Daerah dan Ketua-ketua kampung Tradisi untuk mengenal pasti jalan-jalan luar bandar yang perlu di baik pulih atau dinaiktaraf serta dewan orang ramai yang perlu dibaikpulih.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk memasang mercu tanda di setiap kampung tradisi di seluruh Negeri Selangor iaitu sebanyak 368 buah kampung dengan jumlah RM1.84 juta menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pembangunan Desa. Dalam masa yang sama juga, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan Dataran Niaga berjumlah RM1.35 juta dengan pembinaan berperingkat Satu Daerah Satu Dataran Niaga juga menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pembangunan Desa.

Lampiran

Tiada Lampiran.