Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

149) KEMUDAHAN AWAM & INFRASTRUKTUR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan memastikan kemudahan awam yang disediakan memenuhi keperluan jumlah penduduk yang ada di sesebuah kawasan?

    Kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan PBT adalah kerja-kerja rutin yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan supaya sejumlah peruntukan daripada tabung Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia atau MARRIS digunakan untuk penyelenggaraan jalan-jalan tersebut. Jumlah peruntukan MARRIS yang telah diagihkan pada tahun 2015 mengikut jabatan dan agensi pelaksana adalah seperti Jadual 1:

    Jadual 1 :     Agihan     Peruntukan    MARRIS     Mengikut                  Jabatan/Agensi Pelaksana

    BIL. PERKARA PERUNTUKAN (RM)

    2015

    1. PBT – Mengikut Kawasan Dewan Negeri 168,000,000.00
    2. PBT – Mengikut Panjang Jalan 269,500,000.00
    3. PBT – Tambahan 10% (kerja-kerja kecemasan) 37,567,705.16
    4. PBT Tambahan (MPAJ, MPKj, MPSJ, MDHS) 18,553,990.20
    5. Jabatan Kerja Raya (JKR) 162,253,858.06
    6. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 2,000,000.00
    7. Pejabat Daerah / Tanah (setiap PDT RM500k) 4,500,000.00
    8. Pejabat Daerah / Tanah (setiap PDT RM611k) 5,499,000.00
    JUMLAH (RM) 667,874,553.42

     Bagi jalan-jalan persekutuan, penyelenggaraan telah dilaksanakan secara kontrak jangka panjang (konsesi) di bawah lantikan dan pengendalian Kerajaan Persekutuan. Di Negeri Selangor, terdapat lebih kurang 1,025 kilometer jalan- jalan persekutuan. Secara amnya, konsesi Roadcare (M) Sdn Bhd telah dilantik selama 15 tahun, bermula pada tahun 2001 sehingga tahun 2016.

    Penyelenggaraan jalan-jalan di Negeri Selangor di bawah JKR Negeri dan daerah masih dilaksanakan secara berkala dan teratur. Bagi memberikan gambaran jalan-jalan Selangor yang terbaik, pihak JKR sentiasa melakukan pemantauan bagi menambahbaik skop kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih efisyen dan menyeluruh untuk digunapakai di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.