Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

257) KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersedia menaiktarafbalairaya dan dewan orang ramai yang terdapat di kampung-kampung di seluruh Selangor?

    Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan kawasan luar bandar di Selangor tidak ketinggalan dalam menerima pembangunan. Selaras dengan itu, bagi tahun 2015 Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK -P01/02004 – Kemudahan Asas Desauntuk tahun 2015 khas untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek di daerah termasuklah menaiktarafbalairaya dan dewan orang ramai.

    Seterusnya, satu mesyuarat pelarasan telah diadakan oleh Jawatankuasa Tetap Luar Bandar pada 5 Mac 2015 bersama Agensi yang terlibat dalam pembangunan luar bandar termasuk semua Pejabat Daerah/Tanah. Mesyuarat tersebut diadakan untuk mendapatkan input berkaitan projek pembangunan luar bandar yang diperlukan.

    Untuk makluman juga, sehingga 15 Mac 2015 Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah 98 buah permohonan projek daripada 9 buah daerah khusus bagi tujuan baik pulih balai raya dan dewan orang ramai di bawah seliaan Pejabat Daerah/Tanah dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM4,459,323.96.

    Perincian permohonan tersebut adalah seperti berikut:

    DAERAH BILANGAN (PROJEK) JUMLAH (RM)
    Kuala Selangor 21 904,512.91
    Hulu Selangor 16 659,614.00
    Sepang 16 359,359.20
    Gombak 15 667,940.70
    Kuala Langat 14 439,143.50
    Klang 10 1,170,897.40
    Petaling 5 208,255.50
    Hulu Selangor 1 49,600.75
    Sabak Bernam 0 0
    JUMLAH 98 4,459,323.96

    Untuk peringkat awal, Unit Perancang Ekonomi Negeri telah memberikan kelulusan awal untuk 6 buah projek bagi daerah Kuala Selangor dan Klang dengan anggaran jumlah sebanyak RM458,618.54. Perincian projek adalah seperti di Lampiran A.

    Dalam hal berkaitan, baki permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan tahap kritikal sesuatu permohonan projek. Selain daripada itu, aspek kekerapan penggunaan/aktiviti juga penting untuk diteliti bagi mendapatkan pulangan terbaik bagi setiap wang peruntukan yang di belanjakan oleh Kerajaan Negeri.

    LAMPIRAN A

    BIL. NAMA PROJEK DUN MUKIM DAERAH KAMPUNG ANGGARAN KOS (RM)
     

    1

    Membina dan Menyiapkan Balai JKKK Kg. Blok DKPV Sungai Burong  

    Tg Karang 1

    Kuala Selangor  

    Kg. Blok DKPV

     

    168,511.51

     

    2

    Membaikpulih Balai JKKK Kg. Bukit Badong  

    Ijok

     

    Ijok

    Kuala Selangor  

    Kg Bukit Badong

     

    14,961.00

     

    3

    Membaikpulih Balairaya Kg. Assam Jawa Bukit Malawati  

    Pasangan

    Kuala Selangor  

    Kg. Assam Jawa

     

    19,333.00

     

    4

     

    Membaikpulih Pejabat JKKK Kg. Sg. Gulang-Gulang

     

    Permatang

     

    Permatang

     

    Kuala Selangor

     

    Kg. Sg. Gulang-Gulang

     

    33,069.60

     

    5

    Membaikpulih Balairaya Kg Bukit Kuching Tengah  

    Jeram

     

    Jeram

    Kuala Selangor Kg. Bukit Kuching Tengah  

    71,503.43

     

     

    6

     

    Membaikpulih Balai Dewan JKKK Kg. Bagan Ketam, Klang

     

    Selat Klang

     

    Klang

     

    Klang

     

    Kg. Bagan Ketam

     

    151,240.00

    Jumlah Keseluruhan 458,618.54

     

Lampiran

Tiada Lampiran.