Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

260) KEMUDAHAN GOLONGAN PENJAJA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri kepada golongan penjaja?

    Kerajaan Negeri amat serius dalam membantu golongan penjaja menjalankan perniagaannya. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui PBT telah menyediakan tempat berniaga serta jadual seperti pasar malam, pasar pagi, pasar tani, kompleks pasar dan kiosk penjaja. PBT juga hanya mengenakan kadar fi yang murah kepada penjaja manakala kadar fi bagi golongan penjaja OKU pula hanya separuh harga. Antara bentuk bantuan berterusan selain menyediakan tapak-tapak perniagaan adalah, Kerajaan Negeri sentiasa komited bagi meningkatkan ekonomi golongan penjaja dengan melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) antaranya Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) yang dilaksanakan sejak bulan Julai 2010 dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) sejak bulan Mac 2011 serta pelbagai bentuk bantuan lain. Bagi melaksanakan bantuan berterusan, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan pinjaman dengan peruntukkan sebanyak RM50 juta untuk program SkimSel dan RM20 juta bagi program Mimbar.

Lampiran

Tiada Lampiran.