Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

65) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR KILANG DI KAWASAN KAMPUNG / LUAR BANDAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung / luar bandar yang mana kemudahan jalan raya digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan-jalan yang sedia ada di kawasan perkampungan tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang mencecah 40m/tons dan ini menyebabkan jalan tersebut rosak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan perkara tersebut?

    SU
    Jalan-jalan di kawasan perkampungan tidak dapat menampung beban berat kenderaan.
    TINDAKAN
    Memastikan jalan-jalan tersebut diwartakan sebagai jalan terhad, dimana kenderaan
    berat melebihi 12 tan atau 15 tan tidak dibenarkan menggunakan jalan tersebut. Kuasa
    mewartakan jalan-jalan tersebut terletak pada JKR/Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa
    Tempatan mengikut kategori jalan. (Seksyen 77 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987).
    PERANAN JPJ
    1. Menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan jalan tersebut dipatuhi oleh
    kenderaan berat.
    2. Seksyen 79 APJ 1987 memberi kuasa kepada pegawai JPJ mengambil tindakan
    bagi kenderaan yang tidak mematuhi larangan jalan terhad.
    CATATAN
    Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Selangor sentiasa dari masa ke semasa
    menjalankan penguatkuasaan terhadap jalan-jalan yang telah diwartakan sebagai jalan
    terhad di kawasan-kawasan luar bandar/perkampungan.

Lampiran

Tiada Lampiran.