Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

112) KEMUDAHAN JALAN KAMPUNG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk menaiktaraf dan menyelenggara jalan-jalan kampung yang berada di luar kawasan Majlis bagi setiap Dun sejak 2 tahun yang lalu ?

    Lazimnya, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sejumlah peruntukan khusus bagi tujuan penyediaan serta penyelenggaraan kemudahan asas kepada setiap daerah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan secara menyeluruh kepada semua sembilan (9) daerah di Negeri Selangor berdasarkan keperluan dan juga tahap kritikal sesuatu kawasan.

    Bagi tahun 2010 hingga 2012, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi tujuan membaikpulih/membina baru/menaiktaraf kemudahan infra di kawasan luar bandar berjumlah RM 55,136,301.70 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Lima Juta Satu Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Satu dan Sen Tujuh Puluh Sahaja) bagi melaksanakan 1,900 buah projek seperti jadual di bawah:

    TAHUN    
      BIL. PROJEK[1]   KOS (RM)
    2010 527 12,409,721.48
    2011 956 31,282,439.75
    2012 417 11,444,140.47
    JUMLAH 1,900 55,136,301.70

    Daripada peruntukan ini, sejumlah RM17,200,295.05 (Ringgit Malaysia: Tujuh Belas Juta Dua Ratus Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Lima dan Sen Lima Sahaja) telah dan akan dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan 696 buah projek pembinaan/pembaikan jalan-jalan kampung tradisi dan kampung baru di seluruh daerah di Negeri Selangor. Perincian agihan peruntukan mengikut DUN di Negeri Selangor bagi tahun 2010 hingga 2012 bagi projek pembaikan jalan-jalan kampung tradisi adalah seperti di LAMPIRAN A dan bagi projek pembaikan jalan-jalan kampung baru/bagan/tersusun seperti di LAMPIRAN B.

    [1] Jumlah projek yang dilaksanakan di Kampung Tradisi dan Kampung Baru/Bagan mengikut tahun semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.