Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

148) KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KERANI-KERANI DUN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pendapatan mereka di bawah paras kemiskinan. Kenapakah tiada peruntukan untuk perubatan.

    Kakitangan Pusat Khidmat Dewan Negeri dilantik di bawah Skim Contract of Service dengan gaji sebanyak RM 2,000.00. Setelah ditolak caruman KWSP, gaji bersih yang diterima adalah RM1,780.00 sebulan dan pendapatan mereka melebihi Garis Kemiskinan. Sebagai penjawat awam di bawah lantikan Skim Contract of Service mereka layak mendapat kemudahan kesihatan di Hospital Kerajaan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.