Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

258) KEMUDAHAN KESIHATAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat di Selangor?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, penyediaan kemudahan kesihatan kepada rakyat merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisatif bagi menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat Negeri

    Antara program yang di jalankan oleh Kerajaan Negeri adalah Bantuan Sihat Selangor yang menyediakan jenis bantuan seperti berikut: –

    • Dialisis Buah Pinggang : RM 5,000.00 diberikan secara ‘one-off’
    • Katarak Mata : bantuan tidak melebihi RM 1,200.00
    • Pembedahan Kecil : bantuan tidak melebihi RM 5,000.00
    • Lain-lain rawatan : bantuan tidak melebihi RM 5,000.00

    Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM607,238.00 daripada RM800,000.00 bagi tahun 2014 jumlah yang peruntukan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan kesihatan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.