Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

140) KEMUDAHAN KESIHATAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana kaedah pelaksanaan kemudahan kesihatan ini?

    Skim Kesihatan Wanita (SKW) menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas.

    Wanita yang layak dibawa secara percuma ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan dan prosedur pemeriksaan percuma kanser payu dara.   Hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada para wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

    Wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.