Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

112) KEMUDAHAN PANTAI MORIB

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Majlis Daerah Kuala Langat untuk meningkatkan kemudahan Pantai Morib?

    Mengikut perancangan JPP : tambahan kemudahan tempat letak kereta Fasa 1 & Fasa 2. (Permohonan telah dipohon ke UPEN).

    Perluasan kawasan mandi/riadah serta pengindahan.

    Buat masa ini, kemudahan gerai jualan adalah mencukupi. Selain daripada gerai- gerai yang terdapat di medan selera, terdapat kiosk-kiosk kecil di sebelah surau Pantai Morib yang turut menjual makanan secara take-away. Oleh itu, pihak Majlis belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan gerai.

    Pada tahun 2018 sebanyak 3 projek pencahayaan telah dipohon kepada UPEN (SPBT-Pelancongan). Senarai permohonan seperti lampiran di bawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.