Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

207) KEMUDAHAN PARKIR KENDERAAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kemudahan parkir kenderaan mencukupi dan tidak membahayakan keselamatan pengguna lain?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah mengedarkan kepada semua PBT berkenaan pemakaian seragam Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga) yang telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 dan disahkan di MMKN ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016. Berdasarkan garis panduan ini, pemakaian garis panduan tersebut adalah bergantung kepada perancangan pelaksanaan di PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.