Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

2) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Perpustakaan Awam Negeri Selangor?

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan)

    Perkhidmatan perpustakaan di Negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini terdapat 95 perpustakaan meliputi satu (1) perpustakaan ibu pejabat, tujuh (7) Perpustakaan Daerah, enam (6) Perpustakaan Cawangan, lapan (8) Perpustakaan Pekan, lima puluh lima (55) Perpustakaan Desa Negeri dan enam belas (16) Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta dua (2) unit Perpustakaan Bergerak.

    Kategori Perpustakaan Jumlah
    Ibu Pejabat

    (Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam)

     

    1

     

    Perpustakaan Daerah

     

    7

     

    Perpustakaan Cawangan

     

    4

     

    Perpustakaan Pekan

     

    10

     

    Perpustakaan Desa Negeri

     

    55

     

    Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia

     

    16

     

    Perpustakaan Bergerak

     

    2

     

    JUMLAH

     

    95

    Pecahan perpustakaan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:

     

    Daerah

    Kategori Perpustakaan  

    Jumlah

    Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak
    Petaling 1 1 3 5
    Klang 1 2 4 7
    Kuala Langat 1 9 1 11
    Kuala Selangor 1 1 1 11 14
    Sabak Bernam 1 2 22 1 26
    Hulu Langat 1 2 2 7 12
    Hulu Selangor 1 1 7 9
    Gombak 1 1 2 4
    Sepang 1 6 7
     

    Jumlah

     

    1

     

    7

     

    6

     

    8

     

    71

     

    2

     

    95

Lampiran

Tiada Lampiran.