Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

136) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peruntukkan bagi membuka perpustakaan baru dan menaiktarafkan yang sedia ada? Nyatakan pengagihan tersebut sejak dijenamakan semula?

    Berikut perkara-perkara yang diambil perhatian yang serius semasa pelaksanaan “rebranding” di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor:-

    Fokus seterusnya ialah berusaha menarik pengunjung remaja dari sekitar siber kafe, pusat hiburan, pusat membeli belah  ke perpustakaan, ialah dengan mengadakan perkhidmatan nilai tambah di bangunan iaitu konsep edutainment (education + entertainment) – melalui Teater Mini 3D & Teater 6D, serta dewan serbaguna yang secara tidak secara langsung, perkhidmatan nilai tambah ini akan menimbulkan suasana minat membaca yang lebih mendalam kepada semua kategori pengunjung.

    Di sini peranan penting kakitangan amatlah di harapkan supaya dapat memantau setiap gerak langkah anak-anak walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini bagi memastikan mereka berada di dalam zon yang selamat. Perpustakaan ini dapat menjamin keselamatan kepada anak –anak minimum selama 12 jam. Keselamatan pengunjung selama berada di perpustakaan terjamin dibawah jagaan kakitangan. Semua kerja PPAS juga telah mengikuti kursus Parenting dibawah anjuran ESQ Leadership Center sebagai persediaan awal dalam melayani pengunjung perpustakaan.

    Penyediaan infrastruktur perpustakaan yang lebih selesa menarik perhatian pengunjung bukan sahaja untuk meminjam bahan bacaan bermutu tetapi juga menarik pengunjung untuk membaca secara santai dengan suasana seperti berada di rumah sendiri, kebersihan tandas  dan ruang solat yang bersih amat dititik beratkan. Kemudahan awam ini diselenggara dengan baik bagi keselesaan pengguna. Kelengkapan yang disediakan di Perpustakaan juga amat mudah diselenggara dan menjimatkan dari segi kos dan masa penyelenggraan.

    Selain daripada itu, beberapa perkara yang perlu diambil berat semasa pelaksaan

    rebranding”:-

    1. Penyelenggaraan bangunan dan sekitar kawasan perpustakaan
    2. Penyediaan prasarana seperti Kafetaria, surau, tandas, bidai (blind), PA sistem, LCD Projector,TV, WIFI/ Unifi, kerusi/ meja, rak buku, hiasan bahagian kanakkanak
    3. Lantai: seragam untuk semua perpustakaan (karpet / kayu berlaminasi)
    4. Kemudahan Audio Multimedia : WIFI/ Unifi, TV LCD, Blueray Player, PA System, LCD Projektor dan CD
    5. Signage yang seragam
    6. Cat bangunan : seragam
    7. Tempat buang sampah yang teratur.
    8. Kemudahan pengangkutan awam
    9. Promosi dan pemasaran perkhidmatan
    10. Penghawa dingin
    11. Penambahbaikan koleksi buku & audio visual
    12. Sekuriti bagi menjaga harta perpustakaan
    BIL   PERKARA   KETERANGAN
    1   Saiz bangunan   30’ x 50’ kaki persegi
        1500 kaki persegi
    1. Anggaran Kos

    Bangunan    RM  200,000.00

    Koleksi    RM 80,000.00

    Jumlah Kos Pembinaan        RM  280,000.00

    Pengagihan bagi membuka perpustakaan baru dan menaiktarafkan yang sedia ada:-

    BIL   NAMA PERPUSTAKAAN   PERUNTUKAN (RM)
    1.   Perpustakaan Komuniti Pekan Semenyih   50,000
    2. Perpustakaan Komuniti Desa  Bukit Beruntung 70,000
    3. Perpustakaan Komuniti Desa Sri Perantau 80,000
    4. Perpustakaan Komuniti Pekan Sri Manja 180,000
    5. Perpustakaan Komuniti Pekan Ampang Waterfront 350,000
    6. Perpustakaan Komuniti Pekan Pandan Jaya 350,000

Lampiran

Tiada Lampiran.