KEMUDAHAN REKREASI MENDESAK DI KAWASAN FLAT

46) KEMUDAHAN REKREASI MENDESAK DI KAWASAN FLAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah nisbah kemudahan rekreasi kepada bilangan penduduk di kawasan perumahan flat?

    Penyediaan tanah lapang dan rekreasi hendaklah disediakan secara berpusat di kawasan yang rata, berfungsi dan mengikut jenis hierarki iaitu taman permainan kanakkanak, taman tempatan, taman bandar, taman wilayah dan taman negeri.

    Bagi keperluan tanah lapang dan rekreasi di kawasan perumahan berbilang tingkat seperti flat kos rendah, kos sederhana rendah, pangsapuri kos sederhana dan tinggi adalah 2 hektar bagi 1,000 penduduk selepas tahun 2010. Manakala  sebelum tahun 2010 adalah 10 % dari luas keseluruhan tapak. Ia adalah berdasarkan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor.

    Antara kemudahan yang perlu disediakan ialah padang permainan kanak-kanak dan gelanggang permainan seperti sepak takraw, badminton dan tenis. Taman atas bumbung dibenarkan tetapi tidak melebihi 30% daripada keperluan penyediaan kawasan lapang. Berdasarkan amalan perancangan terbaik, kawasan rekreasi juga boleh disediakan di dalam tingkat bangunan dan ruang paling bawah hendaklah dikosongkan untuk sebarang aktiviti penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.