Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

242) KEMUDAHAN RIADHAH UNTUK WARGA EMAS DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang menyediakan tempat kemudahan riadhah khas seperti di Jepun bagi mengekalkan keceriaan dan kecergasan minda agar mereka dapat terus menyumbang kepada negara?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor sehingga kini tiada menyediakan tempat kemudahan riadah khas seperti di Jepun kepada warga emas. Namun demikian JKM sering menggalakkan konsep persekitaran bebas halangan (Universal Design) yang mana apabila disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ataupun pemaju, maka semua golongan masyarakat samada warga emas, Orang Kurang Upaya ataupun kanak-kanak yang menggunakan kerusi sorong dapat akses kepada sesuatu lokasi dan dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan seperti ke taman rekreasi, kompleks membeli belah ataupun ke tempat

    Selain itu, bagi memastikan warga emas sentiasa cergas minda dan ceria, kerajaan melalui JKM Negeri Selangor telah menyediakan Pusat Aktiviti Warga Emas atau nama ringkasnya PAWE. Sehingga kini, Selangor mempunyai 3 (tiga) buah tempat Pusat Aktiviti Warga Emas adalah berikut:

    1. Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam;

     

    1. Pusat Aktiviti Warga Emas Jenjarom, Kuala Langat;

     

    1. dan Pusat Aktiviti Warga Emas Sungai Buloh,

     

    Pusat Aktiviti Warga Emas adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Pusat Aktiviti Warga Emas disasarkan kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan sihat fizikal dan mental serta dapat menguruskan diri menjalankan aktiviti bagi terutamanya bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga yang keluar bekerja. Dengan cara ini warga emas dapat terus hidup dengan keluarga sendiri atau penjaga. Perkhidmatan ini disediakan supaya warga emas dapat belajar berdikari, berinteraksi sesama mereka dan juga dengan

     

    masyarakat tempatan. Di samping itu, warga emas turut memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta terus dapat menumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.

    Pusat Aktiviti Warga Emas merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan.

    Bagi memastikan warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas dapat berdikari dan berinteraksi sesama mereka dan masyarakat setempat, pelbagai aktiviti telah disediakan di pusat berkenaan seperti:

    • program keagamaan dan kerohanian;
    • program rekreasi dan sukan;
    • program terapi dan pemulihan;
    • pemeriksaan kesihatan;
    • program ceramah kesihatan; dan
    • latihan atau kursus yang

     

    OBJEKTIF PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

     

    • Mempelbagaikan dan meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas;

     

    • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif;

     

    • Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka;

     

    • Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN)

     

    • Menyatupadukan pelbagai etnik/ kaum dan agama.

     

    KONSEP PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

     

    • Pusat Aktiviti Warga Emas merupakan program sokongan sosial atau pengintegrasian warga emas bersama dengan ahli keluarga dan komuniti setempat;
    • Pusat pertemuan untuk warga emas menjalankan pelbagai aktiviti; dan

     

    • Secara localize – menumpukan kepada kawasan perumahan, dan kawasan penduduk berkepadatan tinggi

Lampiran

Tiada Lampiran.