Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

102) KEMUDAHAN RIADHAH UNTUK WARGA EMAS DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan populasi warga emas yang semakin meningkat di Malaysia, adakah Kerajaan Negeri menggalakkan Kerajaan Tempatan menyediakan kemudahan riadah percuma (e.g. Dewan Komuniti, Gelanggang Bola Keranjang) khas untuk warga emas?

    Pada masa kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya menyediakan kemudahan riadah secara percuma atau dengan bayaran minimum kepada semua golongan masyarakat. Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, YAB Dato’ Menteri Besar di dalam ucapannya semasa pembentangan belanjawan 2019 telah pun menyatakan bahawa pemaju harus menyediakan ruang sekitar 1,200 kaki persegi sebagai pusat komuniti warga emas. Susulan daripada ucapan tersebut, pihak UPEN telah mengadakan bengkel bersama agensi-agensi yang berkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.3/2019. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang ke 26/2019 yang bersidang pada 11 September 2019 telah menimbang dan bersetuju supaya cadangan penyediaan ruang sekitar 1,200 kaki persegi sebagai pusat komuniti warga emas oleh pemaju dalam projek pembangunan diteliti oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor di dalam Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Ketiga.

Lampiran

Tiada Lampiran.