Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

30) KEMUDAHAN SKIM PEMILIKAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan statistik rakyat yang menikmati kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1000 terlebih dahulu ?

    Sebanyak 514 permohonan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun

    Tanah Negara (KTN) telah diluluskan dan diberi kemudahan Skim Pemilikan

    Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak

    RM1000.00 (nominal). Berikut adalah pecahan daerah di Negeri Selangor :-

     
    JUMLAH PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN YANG DILULUSKAN DENGAN
    BAYARAN PREMIUM RM1000 DAN BILANGAN YANG TELAH MENJELASKAN
    BAYARAN TERSEBUT SEJAK DILANCARKAN PADA JUN 2011
     
          Jumlah Permohonan   Bilangan Yang Telah
    Bil.   Daerah Yang Lulus Bayaran
    Menjelaskan Bayaran
        Premium RM1000
         
    1. Hulu Selangor 57 5
    2. Hulu Langat 224 134
    3. Kuala Selangor 89 89
    4. Petaling 7 7
    5. Sepang 6 6
    6. Kuala Langat 4 4
    7. Gombak 121 42
    8. Sabak Bernam
    9. Klang 6 6
    JUMLAH   514   293

Lampiran

Tiada Lampiran.