Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

118) KEMUDAHAN SUKAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dataran Anak Muda DUN Taman Medan yang terletak di PJS 1/25 masih belum selesai pembinaan kemudahan sukan di tapak yang dipersetujui bersama dengan MBPJ. Adakah kos pembinaan kemudahan tersebut dimasukkan dalam belanjawan MBPJ 2014? Berapakah jumlah serta tajuk projek?

    a) Pihak Jabatan Kejuruteraan telah menyenaraikan kerja-kerja bagi Cadangan Pembinaan Pentas Terbuka di Dataran Anak Muda PJS 1/32, Petaling Jaya (projek sambungan) dalam peruntukan Tahun 2013. Anggaran kos bagi projek tersebut adalah sebanyak RM 268,891.15. Manakala tiada peruntukan bagi belanjawan 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.