Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

175) KEMUDAHAN SUKAN KHUSUS UNTUK WANITA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah sebuah Kompleks Sukan Wanita dapat dibina bagi memberi keselesaan dan kemudahan bersukan kepada kaum wanita?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil maklum berhubung keperluan kemudahan sukan bagi memberi keselesaan dan kemudahan bersukan kepada kaum wanita di Negeri Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan sukan bagi menggalakkan serta meningkatkan lagi penyertaan dan penglibatan Generasi Muda Selangor dalam aktiviti sukan dan kecergasan bagi kaum wanita mahupun lelaki.

    Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM6,680,000.00 bagi Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan Negeri Selangor termasuklah kemudahan untuk sukan wanita seperti  bola jaring, badminton, bola tampar dan renang.

    Di samping itu, peruntukkan sebanyak RM40,000.00 turut diberikan kepada setiap DUN bagi membaikpulih kemudahan sukan di peringkat DUN untuk kegunaan awam sama ada untuk kaum lelaki dan wanita mengikut keperluan dan permohonan daripada setiap DUN.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah membina dataran anak muda atau dataran serbaguna yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan aktiviti sukan seperti futsal, bola jaring dan badminton. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini boleh digunakan oleh kaum lelaki mahupun wanita untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah bagi memupuk semangat bersukan dan seterusnya menggalakkan penglibatan golongan generasi muda dalam aktiviti sukan yang mampu melahirkan golongan belia yang sihat, cergas dan aktif.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.