KEMUDAHAN SUKAN

36) KEMUDAHAN SUKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan di Selangor?

    Kerajaan Negeri menitik beratkan aspek pembangunan sukan dan amat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor. Justeru itu, dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan untuk memastikan pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan baik, kemudahan sukan perlu disediakan untuk kegunaan latihan dan persiapan para atlet sebelum menyertai kejohanan dan juga untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesukanan.

    Justeru itu, pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM9,500,000.00 yang merangkumi Kerja-kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Sultan Suleiman, Klang, Projek Membaikpulih kemudahan Dewan Gimnastik di Sekolah Yoke Kuan, Sekinchan dan Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA).

    Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2,240,000.00 untuk projek membaikpulih kemudahan sukan di Negeri Selangor termasuk peruntukan untuk membaikpulih kemudahan sukan di peringkat DUN yang telah dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM40,000.00 kepada setiap DUN termasuk DUN Jeram yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri dari masa ke semasa mendapatkan data dan status semasa kemudahan sukan di Selangor dalam usaha untuk memastikan kemudahan-kemudahan sukan tersebut dapat dinaiktaraf dan seterusnya digunakan untuk tujuan aktiviti sukan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, projek-projek     pembangunan   infrastuktur    sukan    akan    diutamakan    kepada kemudahan-kemudahan sukan yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.