Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

63) KEMUDAHAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menaik taraf kemudahan atau perjalanan kaki untuk orang kurang upaya pada tahun ini?

    Kerajaan Negeri tidak ada menyalurkan peruntukan khas untuk menaik taraf
    kemudahan atau pejalan kaki golongan orang kurang upaya tetapi mensyaratkan
    untuk menyediakan kemudahan OKU dimasukkan di dalam setiap kelulusan
    pelan bangunan yang dikeluarkan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan.
    Sebagai contoh, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan
    Tempatan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada setiap
    PBT untuk Program Zon Bersih di mana salah satu kriteria yang ditetapkan
    adalah untuk penyediaan kemudahan seperti TLK OKU/‘Ramp’ untuk
    OKU/‘Handrail dan Grab bar’/Laluan khas/ pejalan kaki dan kaki lima/Permukaan
    laluan bertekstur OKU/Lintasan ‘Pedestrian’/Papan tanda khas/ tiang lampu trafik
    melintas. PBT boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan menaik
    taraf kemudahan golongan OKU di PBT masing-masing secara tidak langsung.

Lampiran

Tiada Lampiran.