Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

31) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kawasan liputan kemudahan wifi Percuma KNS bertambah dalam tempoh 5 tahun ini? silanyatakan mengikut kawasan PBT.

    Ya, kawasan liputan kemudahan WiFi percuma di Negeri Selangor telah betambah dalam tempoh dua tahun lebih sejak WiFi Smart Selangor mula beroperasi iaitu pada bulan September.

    Liputan WiFi Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti perincian berikutnya:

     

    PBT

    Jumlah Hotspot WiFi Smart Selangor
    31 Dis 2015 31 Dis 2016 31           Dis

    2017

    MBSA 399 545 607
    MBPJ 377 564 563
    MPSJ 321 479 519
    MPKJ 413 462 493
    MPK 148 253 336
    MPSepang 102 188 276
    MPS 111 117 245
    MDSB 6 143 175
    MDKS 14 17 129
    MPAJ 76 128 117
    MDHS 7 41 56
    MDKL 17 39 48
    Jumlah 1,991 2,976 3,588

     

    Jumlah Hotspot WiFi Smart Selangor mungkin berubah dari masa ke semasa disebabkan pemasangan baru, penamatan perkhidmatan WiFi oleh pemilik tapak pemasangan WiFi dan pemasangan semula perkhidmatan WiFi ke kawasan yang lebih sesuai. Usaha untuk mempertingkatkan pemasangan WiFi di kawasan PBT yang masih rendah jumlah hotspot WiFi Smart Selangor akan terus diberikan keutamaan. Namun liputan perkhidmatan WiFi ke kawasan-kawasan luar bandar merupakan cabaran utama bagi merealisasikan hasil yang lebih berkesan dari usaha tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.