Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

67) KEMUDAHAN WIFI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk meluaskan dan menaiktarafkan khidmat WIFI Selangor terutamanya di luar bandar termasuk DUN Ijok?

    WiFi Smart Selangor (WSS), sebuah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat Selangor, terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang digital dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Program WSS sedang disusun dan ditambahbaik untuk memberi tumpuan kepada kluster Pendidikan, Kesihatan & Keagamaan, Komuniti dengan tumpuan ke kawasan luar bandar  dan kumpulan sasaran B40 dan M40 untuk berhubung, mendapatkan maklumat,  dan “online learning”.

    DUN Ijok adalah termasuk di dalam kawasan luar dan pinggiran bandar. KNS melalui SMARTSEL sedang dalam perancangan dan kajian untuk memberi khidmat di kawasan-kawasan tersebut dengan menggunakan teknologi dan pendekatan yang terkini yang mampan untuk memastikan pembangunan yang efisien dan mengurangkan kesenjangan digital.

Lampiran

Tiada Lampiran.