Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

138) KEMUNCULAN PENGUSAHA SAMPAH HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan kemunculan pengusaha sampah haram yang menuntut hasil di Negeri Selangor. Bagaimanakah tindakan kerajaan Negeri Selangor menangani masalah ini?

    Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan menyediakan deraf Enakmen Pemungutan, Kutipan dan Pelupusan Sisa Pepejal yang lebih menyeluruh serta merangkumi aspek-aspek perlesenan di mana pengusaha atau kontraktor pelupusan sisa pepejal tanpa lesen akan dikenakan tindakan. Walau bagaimanapun, pihak Polis sebagai pengeluar lesen kepada pengusaha barang lusuh atau besi buruk juga perlu memantau aktiviti ini supaya mereka tidak menyalah guna lesen yang diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.