Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

26) KENAIKAN KADAR PEMERIKSAAN SARINGAN MAMMOGRAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faktor Kerajaan Negeri menaikkan kadar pemeriksaan saringan mammogram?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan senantiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan wanita Selangor melalui Skim Kesihatan Wanita – Pemeriksaan Saringan Mammogram ini. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan Kerajaan Negeri membuat penambahbaikan ke atas kadar pemeriksaan saringan mammogram tersebut:

    • Penambahbaikan dari segi kos pemeriksaan mammogram yang dahulunya RM90.00 seorang kepada had maksima RM150.00 seorang setelah mengambilkira kenaikan harga pasaran yang mana tiada lagi pembekal perkhidmatan yang dapat menawarkan harga pemeriksaan saringan mammogram serendah RM90.00 dan ianya tidak mengambilkira pelaksanaan GST pada ketika itu.
    • Manakala bagi peserta yang perlu kepada pemeriksaan susulan melalui ultrasound atas nasihat doktor yang membuat saringan mammogram tersebut, kos pemeriksaan ultrasound turut diperuntukkan dengan had maksima berjumlah RM100.00 kepada peserta mammogram ini.
    • Dengan penambahbaikan kadar kos bagi pemeriksaan saringan mammogram ini kepada had maksima RM150 seorang, Kerajaan Negeri dapat memperluaskan kemudahan penyediaan perkhidmatan ini kepada golongan wanita dengan menambahkan lagi penyertaan pihak hospital swasta di seluruh Selangor yang dapat menawarkan perkhidmatan mammogram dengan harga tersebut. Perkhidmatan ini tidak lagi tertakluk dan terhad kepada satu service provider
    • Ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan service provider yang terpilih di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Kerajaan Negeri dan golongan wanita Selangor.
    • Selain itu, logistik dan pergerakan para peserta skim ini ke service provider berhampiran dapat dirancang dengan lebih baik dan teratur oleh agensi pelaksana program iaitu RMSB.
    • Tujuh (7) pembekal perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut :
    Bil Hospital Swasta Bilangan Lokasi
    1 Majlis Kanser Negara (MAKNA) 1
    2 National Canser Society Malaysia (NCSM) 1
    3 Columbia Asia 5

    Petaling Jaya, Puchong,

    Bukit Rimau, Cheras & Setapak

    4 BP Health Care 2

    Glenmarie & Bukit Tinggi Klang

    5 KPJ 3

    Shah Alam, Rawang & Klang

    6 SALAM Specialist Hospital 1
    7 Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) 1

Lampiran

Tiada Lampiran.