Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

184) KENAIKAN NILAI CUKAI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil langkah menaikkan cukai- cukai yang ada di Negeri Selangor untuk menampung kos pentadbiran Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menaikkan cukai-cukai sedia ada di negeri ini. Untuk makluman, pada 18 November 2014, Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri telah memutuskan dan bersetuju supaya Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melaksanakan penyemakan kadar-kadar cukai tanah bagi negeri masing-masing selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 101 (5) (b) Kanun Tanah Negara.

    Selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Negeri telah melaksanakan semakan semula dan pindaan kadar cukai tanah Negeri Selangor pada tahun 2016 yang mula berkuatkuasa pada tahun 2017. Penyemakan dan pindaan kadar cukai tanah ini dilaksanakan hanya 10 tahun sekali dan kali terakhir semakan dan pindaan kadar cukai ini dilaksanakan di Negeri Selangor ialah pada tahun 2004 dan berkuatkuasa pada tahun 2005.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.