Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

228) KENDERAAN BERAT DI BAHU JALAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenderaan berat yang diletakkan sebarangan di bahu jalan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Apakah Akta Parlimen, Enakmen atau Undang-undang Kecil yang boleh diambil oleh PBT dan JPJ terhadap pemandu dan pemilik kenderaan?

    Akta dan undang-undang kecil PBT yang digunakan bagi mengatasi masalah kenderaan berat yang mengancam keselamatan pengguna jalan apabila diletakkan sebarangan di bahu jalan mengancam keselamatan pengguna jalan raya adalah:

    i) Akta Pengangkutan Jalan 1987

     

    • Seksyen 36 (1) (b)

    (b) Meletakkan suatu kenderaan motor, menyebabkan, membenarkan mana-mana kenderaan motor diletakkan atau menunggu di mana-mana tanah, bangunan, jalan atau mana-mana bahagian jalan melainkan di tempat atau petak letak kereta yang disediakan oleh Majlis.

    • Seksyen 36A (1)

    “Pengapitan, pengalihan dan penahanan kenderaan motor”

     

    1. ii) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

     

    • Seksyen 46 (1) (g)

    (g) Menyebabkan atau membenarkan mana-mana kereta berhenti di mana-mana siarkaki.

     

    iii)        Undang-undang kecil Taman 2005

    • Peruntukan 7 (1)

    (1) Kenderaan bermotor selain kepunyaan Kerajaan atau badan-badan berkanun yang mempunyai berat muatan lebih daripada dua tan metrik tidak boleh masuk ke mana-mana taman tanpa kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar.

    • Peruntukan 8 (1)

    (1) Kenderaan bermotor, basikal atau basikal beroda tiga tidak boleh diletakkan di mana-mana tempat di dalam mana-mana taman kecuali pada tempat yang disediakan oleh Yang Dipertua bagi meletak kenderaan bermotor, basikal atau basikal beroda tiga itu

    Selain itu, PBT juga telah melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi seperti JPJ, APAD dan PDRM bagi menangani masalah kenderaan berat yang mengganggu orang awam. Orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan membuat aduan ke talian aduan PBT, JPJ dan PDRM sekiranya ada acaman keselamatan pengguna jalan raya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.