Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

161) KENDERAAN KERAJAAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah asas pembelian Kerajaan kegunaan jabatan jenis segmen-D seperti Honda CRV, Nissan X-Trail, Hyundai Sorento yang secara amnya lebih mahal dan berprestij daripada kereta yang dipakai oleh Menteri dan Timbalan Menteri?

    Sebagai makluman, model kenderaan yang digunakan oleh Menteri dan Timbalan Menteri iaitu Proton Perdana 2.4 Executive adalah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) menerusi 1Pekeliling Perbendaharaan. WP4.1 Pengurusan Kenderaan Kerajaan selari dengan status mereka sebagai Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kenderaan-kenderaan ini kebanyakannya tidak dibeli tetapi diperoleh menerusi kaedah pajakan (lease) menerusi syarikat pengurusan Fleet iaitu SPANCO Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri mendapati benar wujud pembelian kenderaan kerajaan dari jenis Sport Utility Vehicle (SUV) seperti Honda CR-V, Nissan X-trail dan Kia Sorento. Kenderaan ini pada asasnya dibeli oleh jabatan bagi kegunaan dan aktiviti berikut:-

    • Operasi penguatkuasaan tanah merangkumi penguatkuasaan pengeluaran pasir dan bahan batuan, pematuhan syarat guna tanah bagi tanah beri milik, operasi kutipan hasil tanah serta penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan;
    • Pemantauan program dan projek Kerajaan Negeri merangkumi projek pembaikan dan pembinaan baharu bangunan kerajaan, pembaikan dan naik taraf Jalan Negeri termasuk lain-lain infrastruktur awam seperti perparitan, sungai dan jejambat. Di samping itu, ia juga digunakan bagi tujuan lawatan tapak serta pelaksanaan program di peringkat akar umbi di seluruh Negeri Selangor.

     

    Oleh sebab aktiviti jabatan tersebut memerlukan kenderaan yang lasak, maka kenderaan jenis SUV diperlukan bagi membolehkan warga kerja terlibat menelusuri semua permukaan jalan sama ada berturap atau tidak berturap (Off- Road) termasuk di kampung-kampung pedalaman Negeri Selangor. Kenderaan

    Daripada segi perspektif harga, harga belian kenderaan kerajaan adalah secara puratanya 29% lebih murah dari harga pasaran kerana dikecualikan daripada bayaran duti eksais, cukai jualan/GST dan insurans. Secara perbandingan pula, kos pajakan tahunan bagi Proton Perdana 2.4 Executive yang diurus secara pajakan (lease) didapati 36% lebih tinggi daripada kos ansuran bulanan mengikut harga pasaran.
    Seperti mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN/EXCO) Negeri Selangor yang dibekalkan kereta rasmi jenis Sedan, mereka juga akan diberi sokongan dengan kenderaan SUV sedia ada jabatan bagi membolehkan mereka dapat memasuki kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan Sedan.jenis SUV ini lebih sesuai digunakan berbanding kereta jenis Sedan yang akan mudah rosak serta tidak sesuai digunakan di kawasan sedemikian.

    Seperti mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN/EXCO) Negeri Selangor yang dibekalkan kereta rasmi jenis Sedan, mereka juga akan diberi sokongan dengan kenderaan SUV sedia ada jabatan bagi membolehkan mereka dapat memasuki kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan Sedan.

    Daripada segi perspektif harga, harga belian kenderaan kerajaan adalah secara puratanya 29% lebih murah dari harga pasaran kerana dikecualikan daripada bayaran duti eksais, cukai jualan/GST dan insurans. Secara perbandingan pula, kos pajakan tahunan bagi Proton Perdana 2.4 Executive yang diurus secara pajakan (lease) didapati 36% lebih tinggi daripada kos ansuran bulanan mengikut harga pasaran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.