Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

119) KENDERAAN RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan no plat, model dan kegunaan kesemua kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Selangor?

    Kenderaan rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah berjumlah sebanyak 81 buah di mana kegunaannya terbahagi kepada 2 iaitu Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) serta Kenderaan Jabatan (KJ) seperti yang diperuntukan di dalam Pekeliling Pengurusan Kenderaan Kerajaan WP 4.1/2013.

    Kereta Rasmi Jawatan adalah dibekalkan kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker Dewan Negeri Selangor dan 2 orang Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri gred JUSA C. Bagi Kenderaan Jabatan, ia digunakan untuk tujuan guna sama (pool) dan kegunaan pegawai gred 54 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 Tahun 2013.

    Maklumat terperinci kegunaan kenderaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

Lampiran

Tiada Lampiran.