Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

49) KENDERAAN TERBENGKALAI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha kerajaan dalam menangani masalah kenderaan terbengkalai yang semakin membimbangkan.

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap masalah kenderaan terbengkalai  atau kereta buruk terutamanya yang telah dibiarkan lama di tepi-tepi jalan atau di sekitar kawasan perumahan penduduk. Ini kerana, ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada penduduk dan ia juga boleh menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi menangani masalah kenderaan terbengkalai.

     

    Bagi perancangan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri melalui UPEN telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan Garis Panduan Penguatkuasaan Kenderaan Terbengkalai Di Kawasan PBT Negeri Selangor bersama-sama pihak PBT, IPK Selangor dan JPJ Selangor pada 1 dan 2 Mac 2018 lalu bagi tujuan menyeragamkan garis panduan sebagai rujukan pihak PBT Negeri Selangor.

     

    Selain itu, PBT juga ada yang telah menyediakan lokasi depoh atau tempat penyimpanan kenderaan terbengkalai yang telah disita bagi mengelakkan isu tiada tempat penyimpanan kenderaan yang disita. Secara keseluruhan, PBT Negeri Selangor mempunyai depoh kenderaan di 16 buah lokasi seperti berikut:-

     

     

     

    Bil. PBT Kuantiti Depoh Lokasi Depoh Stor Simpanan

    Kenderaan

    1. MBSA 2 Lokasi i)          Seksyen U16, Shah Alam

    ii)          Seksyen 31, Shah Alam

    2. MBPJ 1 Lokasi i)      PT 566 Persiaran Kuala

    Selangor, Shah Alam

     

     

    3.

     

     

    MPSJ

     

     

    4 Lokasi

    i)             Puchong Utama

    ii)             TP 3, Taman Perindustrian Subang

    iii)             Sri Puchong

    iv)             Taman Perindustrian Bukit Serdang, Jalan PBS 14/2

     

    4.

     

    MPS

     

    2 lokasi

    i)             Belakang Stadium MPS

    ii)             Sg, Kertas, Gombak (tender operator swasta)

    5. MPKj 1 Lokasi i)      Tapak Semaian, Bandar Baru

    Bangi

    6. MPK 1 Lokasi i)      Jalan Tepi Sungai, Klang
    7. MPAJ 2 Lokasi i)             Ampang Avanue

    ii)             Pandan Indah

    8. MPSp 1 Lokasi i)      Bandar Baru Salak Tinggi
    9. MDKS 1 Lokasi i)      Tanjung Keramat
    10. MDHS 1 Lokasi i)      Kawasan Industri, Jalan

    Kenanga, Bukit Beruntung

    11. MDKL Tiada Kenderaan sitaan diletakkan di kawasan PBT. Sedang mencari lokasi tapak yang bersesuaian.
     

    12.

     

    MDSB

     

    Tiada

    Jumlah 16 Lokasi  

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.