Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

213) KENDERAAN TERBENGKALAI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha kerajaan dalam menangani masalah kenderaan terbengkalai yang semakin membimbangkan walaupun pelbagai usaha digiatkan ?

    Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk menyelaraskan satu Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2020 berkenaan Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di Kawasan Operasi Berkuasa Tempatan.

     

    Pekeliling tersebut bertujuan untuk memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan PBT untuk membantu menyeragamkan pengurusan kenderaan terbiar. Justeru, kewujudan garis panduan ini dapat membantu dalam mengurus dan menguatkuasakan kenderaan terbiar dengan lebih cekap, cepat serta tanpa sebarang isu perundangan.

     

    Usaha ini juga adalah sejajar sebagai langkah proaktif oleh Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan dalam menangani lambakan kenderaan terbiar di Negeri Selangor khususnya.

     

    Walau bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan terus dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani masalah kenderaan terbengkalai. Berikut adalah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh PBT dalam menangani masalah kenderaan terbengkalai:

    1. Pemilik bengkel kenderaan dikenakan tindakan tegas iaitu tindakan notis, kompaun dan pindah alih kenderaan jika meletakkan kenderaan terbiar di atas petak letak kereta milik PBT;

     

    1. Tindakan kompaun ke atas pemilik kenderaan yang sengaja meletakkan kenderaan terbiar di mana-mana tempat awam;

     

    • Tindakan pindahalih terhadap kenderaan terbiar setelah tamat tempoh notis mengikut prosedur yang ditetapkan oleh PBT;

     

    1. Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti pemilik kenderaan terbiar untuk diambil tindakan; dan

     

    1. Menyediakan kawasan/logistik bagi penempatan kenderaan yang terbengkalai. Penggunaan tow truck dan juga load loader digunakan bagi mengangkut kenderaan tersebut ke depoh yang disediakan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.