Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

246) KEPADATAN MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan dalam menangani isu kepadatan murid terutama bagi kemasukan Tingkatan 1 di sekolah menengah di sekitar dun Sungai Kandis?

    3 buah sekolah yang mempunyai kepadatan enrolmen bagi Tingkatan Satu adalah:

    • SMK Jalan Kebun – 744 murid
    • SMK Kota Kemuning – 733 murid
    • SMK Alam Megah 2 – 306 murid

    Bagi menampung permintaan keperluan, pihak sekolah menambah bilangan kelas bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sebagai langkah menangani isu kepadatan dalam jangka masa pendek.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.