Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

74) KEPERLUAN GOLONGAN OKU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Akta Bangunan yang mensyaratkan mana-mana bangunan awam atau kediaman bertingkat kemudahan akses bagi golongan OKU? Nyatakan prestasi perlaksanaannya.

    Keperluan penyediaan kemudahan untuk sokongan OKU bagi bangunan awam atau kediaman bertingkat  telah  digariskan di dalam  pindaan UndangUndang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 melalui Seksyen 34 A. Seksyen 34A(1) mewajibkan semua bangunan awam menyediakan  akses bagi membolehkan OKU   memasuki,  keluar  dan  berada dalam bangunan dan   menyediakan kemudahan-kemudahan untuk digunakan oleh OKU. Seksyen  34A(2) pula memperuntukkan keperluan UKBS 1984 ini hendaklah mematuhi Malaysian Standard (MS) iaitu MS 1184:2002 dan MS 1183 : Part 8 : 1990.

    Untuk tujuan garis panduan ini, Malaysian Standard (MS) yang dihasilkan oleh Jabatan Standard Malaysia  telah digunakan  sebagai  panduan perancangan kemudahan di luar bangunan (MS 1331: 2003) dan di dalam bangunan (MS 1184:2002 dan MS 2015: Part 1 : 2005). Garis panduan ini akan  dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa  Negeri (PBN) dan PBT dimana pihak berkuasa  berkenaan  perlu  memastikan  semua pemaju mematuhi garis panduan ini  semasa  mengemukakan  permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan.

    Kerajaan Negeri telah mensyaratkan setiap bangunan kerajaan sedia ada perlu menaik taraf kemudahan untuk OKU seperti tandas, TLK dan sebagainya serta menyediakan kaunter khas lengkap dengan pegawai bertugas untuk menyenangkan golongan OKU berurusan di kaunter. Manakala bagi bangunan swasta, notis (arahan) kepada pemilik bangunan akan dikeluarkan seperti pasar raya dan kawasan komersil agar menyediakan kemudahan asas seperti tandas, TLK, ramp dan laluan pejalan kaki bertanda bagi kemudahan golongan ini.

    Bagi pembangunan baru, Pihak PBT  perlu mengesyorkan kepada pemaju atau pemohon untuk menyediakan kemudahan golongan OKU di bangunanbangunan swasta/ komersial dan awam dalam syarat pemberian kelulusan di peringkat pelan kebenaran merancang (Jabatan Perancang) dan pelan bangunan (Jabatan Bangunan). Pemantauan akan dibuat di peringkat CFO (Certificate of Fitness) atau CCC (Certificate of Completion and Compliance).

Lampiran

Tiada Lampiran.