Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

230) KEPERLUAN HOSPITAL AWAM DI KAPAR, KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perkembangan terkini rancangan membina sebuah hospital awam di Kapar, Klang bagi menampung peningkatan ketara bilangan pesakit di Selangor memandangkan Kerajaan Negeri dilaporkan telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2014.

    Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) melalui surat bertarikh 19 September 2013 telah menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung keperluan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan tanah yang sesuai tanpa sebarang kos bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan membina Hospital Kapar, Selangor Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 23 Oktober 2013 memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum pendirian Kerajaan Persekutuan tersebut dan mengemukakan dua tapak cadangan yang telah dikenal pasti.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara prinsipnya bersetuju untuk memilih tanah pembangunan Sime Darby di kawasan Kapar seluas lebih kurang 50 ekar. Berdasarkan surat JKPTG Selangor bertarikh 7 Jun 2017, pihaknya mengesahkan bahawa tanah masih dimiliki oleh Sime Darby. Sehubungan dengan itu, KKM hanya boleh mengemukakan permohonan pembermilikan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) setelah urusan penyerahan tanah tersebut oleh Sime Darby kepada Kerajaan Negeri selesai kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.