KEPERLUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA MENENGAH

4) KEPERLUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA MENENGAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ramai ibu bapa mahukan anak-anak mereka juga pelajar-pelajar berhasrat menyambung pengajian mereka ke Sekolah Menengah Agama, malangnya sekolah berkenaan tidak mencukupi. Setakat ini berapakah keperluan sekolah dan pelajar yang dapat disediakan di negeri Selangor?

    Untuk sesi persekolahan 2009, JAIS menerima permohonan berjumlah 19,240 untuk ke Sekolah-sekolah Agama Menengah (SAM) dan dari jumlah itu hanya seramai 3,680 pemohon tingkatan 1 sahaja diterima masuk berdasarkan tempat yang ada di 23 buah sekolah (SAM) seluruh negeri Selangor. Jumlah keseluruhan pelajar di 23 buah SAM Negeri Selangor ini adalah 14,841 orang.

    − JAIS akan berunding mengesyorkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat membantu dan menambah bangunan di sekolah-sekolah yang mendapat permintaan tinggi serta masih mempunyai tapak tanah khususnya di Lembah Klang.

    1. SAM Hishamuddin Sg. Bertih
    2. SAM Bt 10, Cheras
    3. SAM Rawang
    4. SAM Salak Tinggi
    5. SAMTAR Sg. Manggis
    6. SAM Jeram

    − JAIS mewujudkan dan membina Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi di Istana Bandar Jugra dan Kg. Jawa, Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.