Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

136) KEPERLUAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI/NGO-NGO DALAM MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengiktiraf peranan NGO, berbincang dan merangka tindakan bersama dalam membanteras gejala sosial di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa melibatkan NGO di dalam perbincangan dan merangka tindakan bersama dalam membanteras gejala sosial di Selangor dan antara program yang melibatkan NGO ialah Bengkel Prosiding Menangani Gejala Sosial 2017 bertujuan merangka satu pelan bagi menyelaras, merancang pelaksanaan tindakan secara bersama dan bersepadu. Manakala NGO yang terlibat seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Pelajar Islam Selagor Darul Ehsan (PEPIAS) dan rumah – rumah perlindungan.

    Selain itu pihak NGO juga dilibatkan di dalam Majlis Dialog Belanjawan pada setiap tahun bagi mendapatkan idea, cadangan dan maklum balas bagi penyediaan program menangani gejala sosial.

Lampiran

Tiada Lampiran.