Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

160) KEPERLUAN MENAIKTARAF KLINIK-KLINIK DESA DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan sedar bahawa sebahagian besar klinik desa di Selangor masih kekurangan dari segi kapasiti, kepakaran dan peralatan berbanding negara maju dan perlu dinaiktaraf dengan segera.

    Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Desa (KD) adalah khusus kepada perkhidmatan kesihatan ibu dan anak. Skop perkhidmatan adalah untuk melihat kes-kes ber”tag” putih dan berisiko rendah sahaja serta pemeriksaan biasa secara berkala. Perkhidmatan kebanyakannya dikendalikan oleh Jururawat Kesihatan dan Jururawat Masyarakat. Kes-kes yang berisiko tinggi akan dirujuk ke Klinik Kesihatan induk bagi KD tersebut. Oleh itu kemudahan dan peralatan yang disediakan di KD adalah bersesuaian dengan skop perkhidmatan yang disediakan untuk

Lampiran

Tiada Lampiran.