Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

27) KEPERLUAN PEKERJA YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DAN PELABURAN INDUSTRI YANG BEGITU PESAT DI SELANGOR PADA MASA KINI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana kerajaan negeri Selangor membantu pelabur-pelabur yang ingin melabur di Selangor bagi mendapatkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi?

    a) dan b)

     

    Bagi membantu para pelabur yang ingin mendapatkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah melaksanakan program Invest Selangor Talent Initiative di mana di bawah program ini pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan program Jom Kerja di beberapa daerah di Selangor bagi membantu penduduk tempatan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Sehingga kini, sebanyak 3 program telah diadakan di Daerah Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Lampiran

Tiada Lampiran.