Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

227) KEPERLUAN SEKOLAH RENDAH AGAMA BAGI KAWASAN BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN SUNGAI LONG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk membina Sekolah Rendah Agama bagi menampung keperluan selaras dengan pertambahan penduduk Islam di kawasan tersebut?

    Dalam RMK 11, kerajaan tidak menyenaraikan pembinaan SRA di Bandar Mahkota Cheras dan SRA Sg. Long disebabkan peruntukan yang ada disalurkan ke tempat yang lebih utama. Buat masa ini, penduduk sekitar Bandar Mahkota Cheras dan Sungai Long masih boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah- sekolah KAFA yang berhampiran

Lampiran

Tiada Lampiran.