Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

185) KEPIMPINAN WANITA DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah (dan peratusan) wanita yang memegang jawatan ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif/operasi/kewangan (CEO/COO/CFO) di badan-badan berkanun serta anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor?

     

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor mempunyai sejumlah enam (6) Badan Berkanun Negeri (BBN) iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Secara keseluruhannya, jumlah kepimpinan wanita dalam organisasi BBN seramai 47 orang (48.45%). Pecahan wanita yang memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional) adalah seperti berikut:

     

     

    BADAN BERKANUN NEGERI JAWATAN JUMLAH
    LELAKI WANITA
    AHLI LEMBAGA PENGARAH
    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Ahli Perbadanan 9 1
    2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Ahli Lembaga Pengarah 9 1
    3. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Ahli Lembaga Pengarah 12 3
    4. Lembaga Urus Air Selangor Ahli Lembaga Pengarah 8 3
    5. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor Ahli Lembaga Pengarah 9 3

     

    BADAN BERKANUN NEGERI JAWATAN JUMLAH
    LELAKI WANITA
             
    6. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Ahli Lembaga Pengarah 10 1
     

    JUMLAH

     

    57

     

    12

     

    PENGURUSAN TERTINGGI

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar 2 2
    2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar 2 0
    3. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Pengarah 0 1
    4. Lembaga Urus Air Selangor Pengarah 1 0
    5. Perbadanan Adat melayu dan Warisan Negeri Selangor Pengarah 1 0
    6. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Pengarah 0 1
     

    JUMLAH

     

    6

     

    4

     

    PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SELAIN PENGURUS BESAR, PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH)

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor  

     

     

     

     

     

     

    Ketua Bahagian / Unit

    3 3
    2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 2 4
    3. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 6 6
    4. Lembaga Urus Air Selangor 8 8

     

    BADAN BERKANUN NEGERI JAWATAN JUMLAH
    LELAKI WANITA
    5. Perbadanan Adat melayu dan Warisan Negeri Selangor   8 2
    6. Lembaga Perumahan dan

    Hartanah Selangor

    7 8
     

    JUMLAH

     

    34

     

    31

    JUMLAH KESELURUHAN 97 47

Lampiran

Tiada Lampiran.