Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

58) KEPRIHATINAN MELULUSKAN MEDICAL INSURANCE KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PEJABAT DUN DAN ADUN-ADUN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan prihatin untuk meluluskan Medical Insurance kepada pegawai-pegawai pejabat DUN dan ADUN-ADUN ?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 30/2015 bertarikh 17 September 2015 telah meluluskan Skim Perlindungan Kesihatan kepada 45 orang Y.B. Ahli Dewan Negeri berkuat kuasa 1 Januari 2016. Kemudahan ini akan memberi perlindungan kesihatan kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital swasta terutamanya ketika berlaku kecemasan.

    Kerajaan Negeri akan memantau pelaksanaan Skim Perlindungan Kesihatan dengan pihak Syarikat AIA Public Takaful Berhad ( syarikat insurans yang dilantik sebagai pelaksana ) sebelum skim ini dipertimbang untuk ditawarkan kepada kakitangan di Pusat Khidmat Dewan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.