Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

205) KEPUASAN RAKYAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah setiap PBT mengadakan kajian kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan mereka?

    Kajian kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan PBT dibuat berdasarkan kepada dua (2) bentuk iaitu kajian kepuasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan juga dari PBT masing-masing.

    Kerajaan Negeri membuat kajian-kajian bagi merangka polisi serta dasar-dasar kerajaan negeri dan kajian-kajian spesifik antaranya adalah:-

    • Cadangan Program Pungutan Suara dan Pendapat Terhadap Pelaksanaan Projek Sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya (KLJ);

     

    • Kajian Geoteknikal dan Penilaian Risiko Geologi Rezab Gua Batu Caves,

    Selayang; dan

     

    • Kajiselidik Penilaian Asas (Baseline Study) dan Pengesanan (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi PBT di Negeri

     

     

    Tujuan kajian yang telah dibuat adalah untuk:-

     

    • Memastikan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan; dan

     

    • Mengenalpasti kesan-kesan terhadap pembangunan sesuatu kawasan sedia ada ataupun yang

     

    Manakala di pihak PBT, kajian-kajian yang telah dibuat adalah untuk mengukur kepuasan perkhidmatan kepada rakyat berdasarkan skop dan bidang tugas PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.