Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

120) KEPUTUSAN KES RAYUAN TANAH LBCN DEVELOPMENT SDN BHD DAN MUJUR ZAMAN SDN BHD

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penjelasan keputusan Òconsent judgmentÓ dalam kes rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. terhadap tindakan Kerajaan Negeri merampas tanah mereka kerana gagal membayar hutang premium sedangkan keputusan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memihak kepada Kerajaan Negeri.

    Keputusan “consent judgment” yang direkodkan di antara Kerajaan Negeri dengan LBCN dan Mujur Zaman di peringkat Mahkamah Persekutuan adalah langkah terakhir yang diambil dengan persetujuan semua pihak iaitu MBI, LPHS, peneroka-peneroka dan pihak syarikat iaitu LBCN dan Mujur Zaman yang melibatkan 3 kawasan yang dikenali sebagai Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama. “Consent judgment” ini dibuat bagi menyelesaikan pelbagai tindakan dan prosisding di pelbagai peringkat Mahkamah iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang melibatkan isu-isu pengambilan tanah termasuk pampasan bagi pengambilan tanah dan salah laku dalam perjawatan awam (misfeasance in public office) yang telah berlanjutan sejak tahun 2011. Demi memastikan kesemua pihak dapat pembangunan bagi ketiga-tiga kawasan terbabit dan atas desakan dan persetujuan peneroka untuk menjamin kepentingan mereka dipelihara maka kesemua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah melalui “consent judgment”.

    Bagi maklumat bahawa keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada Kerajaan Negeri bagi kes rampasan tanah kerana kegagalan membayar premium adalah tidak tepat. Sebenarnya kes tindakan mahkamah bagi rampasan tanah adalah tidak memihak kerajaan Negeri disebabkan kegagalan pihak Pentadbir Tanah mematuhi keperluan memberi notis di bawah seksyen 128 Kanun Tanah Negara dan terdapat kecacatan berkaitan notis rampasan tersebut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.