Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

55) KERAJAAN AMBIL ALIH TANAH PJS 1

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Arahan mengambil alih tanah di PJS 1 seluas 11ekar telah dibuat. Nyatakan tanah mana yang dimaksudkan dan jenis pembangunan yang akan dibina.

    Tanah yang dimaksudkan adalah Lot 32460 hingga Lot 23471, Lot 37199, Lot 851, PT.7233, PT.7188, PT.15357, Lot 65002 dan Lot 65004, Mukim Petaling & Bandar

    Petaling Jaya, adalah merupakan tanah milik Tetuan Lee Man Construction Company Sdn. Bhd dan Tetuan Kembar Empat Sdn. Bhd. Pembangunan yang akan dibina di atas tanah berkenaan adalah pembangunan bercampur yang terdiri daripada pembangunan Rumah Pangsa Kos Rendah, Pangsapuri Kos Sederhana, Rumah Kedai, Kedai Pejabat dan Kompleks Perdagangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.