Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

156) KERAJAAN FEDERAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hak-hak utama sepatutnya Selangor dapat dari Kerajaan Federal?

    Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa Perlembagaan atau Undangundang Tubuh Negeri mesti dibaca berasaskan Perlembagaan Persekutuan.
    Bagaimanapun, penyusunan pentadbiran dan kewangan tidak memberikan gambaran
    yang sempurna tentang sistem Persekutuan Malaysia.
    Jaminan dan Hubungan Persekutuan kepada Negeri dinyatakan dalam Perkara 70
    sehingga Perkara 95E Perlembagaan Persekutuan bersangkutan pelbagai isu.
    Bagaimanapun, hak-hak negeri tidak diperuntukkan secara jelas dan bertindih dengan
    kuasa kerajaan pusat. Dengan ini wujud pelbagai masalah yang berkaitan dengan
    perlembagaan yang boleh menimbulkan konflik dalam hubungan kerajaan negeri
    dengan kerajaan pusat. Di antara masalah-masalahnya ialah berkaitan dengan hak-hak
    negeri, tanah, imigresen dan kewangan antaranya:
    i) Pentadbiran
    Selangor bergantung kepada persekutuan dalam konteks mengambil pegawai
    khususnya Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk berkhidmat di peringkat Pejabat
    Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah.
    Yang mungkin mengelirukan bagi penjawat awam ialah sama ada pegawai ambilan
    negeri atau yang mewakili Persekutuan di peringkat negeri berkhidmat dengan
    mematuhi kepentingan negeri atau Persekutuan sekiranya berlaku perbezaan pendapat.
    ii) Peruntukan
    Hal Beban Kewangan dinyatakan dalam Perkara 82 berkaitan biaya belanja untuk
    senarai bersama. Negeri berhak mendapat peruntukan daripada Persekutuan namun
    tidak dinyatakan secara terperinci jumlah dan bagaimana peruntukan ini patut diagihkan.
    Peraturan kewangan persekutuan memperlihatkan kecenderungan ke arah pemusatan.
    Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dalam aspek kewangan untuk mengurangkan
    dan melambat-lambatkan pemberian kewangan.
    iii) Tanah dan Kerajaan Tempatan
    Meskipun kerajaan negeri mempunyai kuasa dari peruntukan undang-undang berkaitan
    tanah dan kerajaan tempatan, di peringkat Persekutuan juga telah diwujudkan Kanun
    Tanah Negara 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain itu terdapat Majlis Tanah
    Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang boleh masuk campur atau
    memberi tekanan kepada urusan kerajaan negeri berkaitan hal ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.