Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

13) KERAJAAN NEGERI TELAH MELANCARKAN PEMBANGUNAN RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan rumah mengikut kategori A, B, C, D

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Ogos 2015, terdapat 10 projek yang melibatkan 10,163 unit Rumah Selangorku telah dibuat Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor. Pecahan kategori rumah mampu milik (Rumah Selangorku) adalah seperti berikut :

     

    JENIS RUMAH BIL UNIT Peratus (%)
    JENIS A 476 4.68
    JENIS B 1332 13.11
    JENIS C 5065 49.84
    JENIS D 3290 32.37
    JUMLAH KESELURUHAN 10163 100.00

Lampiran

Tiada Lampiran.