Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

74) KERAJAAN NEGERI TELAHPUN MEMBERI KONTRAK KEPADA BEBERAPA SYKT BESAR YANG BERKEMAMPUAN UNTUK KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah nama syarikat besar yang terlibat dalam projek ini dan apakah /kriteria yang menjadikan syarikat ini layak dipilih?

    1. Proses pelantikan untuk Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang adalah satu proses yang telus. Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pada 1 September 2009 telah membuat tawaran  kepada  umum  melalui akhbar untuk syarikat-syarikat yang berminat mengemukakan cadangan- cadangan mereka. Sebanyak 37 syarikat swasta dalam dan luar negara memberi  respons kepada penawaran ini dengan membeli dokumen ‘Request for Business Proposals’ yang berharga 00.

     

    Sebanyak 12 daripada syarikat-syarikat tersebut telah  mengemukakan  cadangan mereka semasa tarikh tutup. Cadangan-cadangan yang diterima telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Peringkat 1 pada bulan November 2009. Jawatankuasa Penilai dianggotai oleh wakil-wakil jabatan kerajaan iaitu Pejabat Dato’ Menteri Besar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Pejabat Tanah dan Galian serta Unit Perancang Ekonomi Negeri.

     

    Seterusnya, hasil daripada penilaian peringkat pertama, Jawatankuasa Penilai Peringkat

    2 yang dianggotai oleh anggota-anggota Taskforce Projek Sungai Klang yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar telah membuat penilaian lanjut dan meluluskan untuk tindakan seterusnya. Semasa penilaian peringkat kedua ini, syarikat-syarikat yang di senarai pendek telah dijemput untuk membuat pembentangan kepada anggota- anggota Taskforce.

     

     

     

     

    Setelah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang dianggotai jabatan-jabatan dan agensi- agensi kerajaan yang berkaitan, empat (4) syarikat-syarikat telah dipilih berdasarkan cadangan dan keupayaan mereka. Syarikat-syarikat tersebut telah dijemput untuk menganggotai ‘Taskforce Public / Private Partnership’ Projek Sungai Klang. Empat (4) syarikat tersebut ialah:-

     

    1. DPZ Asia Sdn Bhd
    2. GJA Engineering & Construction Sdn Bhd
    • TSS MAKO Engineering Sdn Bhd
    1. Wessex Water / I Berhad Consortium

     

    Penubuhan Taskforce ini merupakan satu cara baru yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menjimatkan masa dan kos berbanding pendekatan lama di mana kontrak- kontrak diberikan hanya selepas Kerajaan Negeri telah mempunyai satu Pelan Induk. Dengan Taskforce ini, syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan sejak dari awal lagi untuk mencorakkan pelaksanaan projek dan memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan mempunyai nilai ekonomi yang baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.